Latar Belakang Sejarah
Buku Wang Saku
Galeri
Program Sekolah Angkat
Kelab Kewangan Sekolah
Galeri Kelab Kewangan Sekolah
Karikatur Lat
 
Buku Wang Saku
 
Buku Wang Saku atau "Pocket Money Book"
Pendapat mereka yang pernah menggunakan BWS
 
Wow, sangat menarik, terdapat banyak kartun yang comel dan melucukan di dalamnya.
 
Saya sangat gembira apabila saya memenangi peraduan mewarna. Saya akan masuk bertanding dalam peraduan-peraduan yang lain yang terdapat dalam buku ini.
 
Dengan menggunakan BWS, saya dapat merancang wang saya dengan bijak. Ibu bapa saya sangat gembira dengan rancangan saya.
 
Saya sangat menyukai laman Uji Minda. Terima kasih.

Tahukan anda bahawa Buku Wang Saku (BWS) telah direka khas untuk anda menjejaki perbelanjaan anda dan mengajar anda bagaimana mengurus wang saku anda secara lebih berkesan?

Apabila anda menggunakan BWS setiap hari, di samping mempelajari bagaimana mengurus wang saku anda, anda juga akan mendapat pengetahuan tentang apa itu wang dan bagaimana untuk mengurusnya bagi kesejahteraan hidup masa hadapan.

Adakah anda telah mula menggunakan BWS? Jika tidak, marilah mula menggunakannya hari ini. Anda boleh mendengar lagu tema BWS semasa anda merekodkan jumlah wang saku yang diterima dan juga perbelanjaan anda dalam BWS.

 
Sudahkan anda memiliki BWS terkini?

Buku Wang Saku terkini untuk tahun 2013 kini sudah berada di pasaran. Sudahkah anda memiliki BWS terkini? Hubungilah Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) anda dan dapatkannya hari ini juga.

Rupa bentuk terkini: BWS tahun 2013 (untuk pelajar sekolah menengah dan rendah)
Marilah kita sama-sama melihat rupa bentuk BWS sebelum ini. Sila klik di sini.
 
Hubungi Kami | Pautan | Terma dan Syarat | Pernyataan Privasi
© duitsaku.com 2016. Hak Cipta Terpelihara