Articles
Articles (Multimedia)
Ringgit DOB
World Currencies
News Room
Fun Facts
Glossary
 
Newsroom
 
Printer
Friendly
BNM menerbitkan Buku Wang Saku dan Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga 2002
Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini mengeluarkan 'Buku Wang Saku' dan 'Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga' untuk tahun 2002. Kedua-dua buku tersebut merupakan terbitan siri keempat yang mana siri yang pertama telah diperkenalkan pada tahun 1999. Penerbitan kedua-dua buah buku tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambahkan kesedaran dan kebolehan orang ramai mengenai perancangan kewangan serta pengurusan kewangan peribadi.


Tema bagi 'Buku Wang Saku' tahun 2002 untuk pelajar sekolah ialah 'Pengurusan Kewangan Bermula dengan Anda'. Ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pengurusan wang peribadi yang mantap.


'Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga 2002' adalah untuk golongan keluarga. Buku ini adalah untuk membantu pengurusan pendapatan, perbelanjaan, tabungan dan pelaburan keluarga bagi tahun 2002. Bahagian yang berasaskan konsep 'perancangan dan belanjawan', yang merupakan satu ciri penting dalam pengurusan kewangan keluarga juga dimuatkan di dalam buku yang berkenaan.


Kedua-dua buku ini boleh didapati mulai hari ini di Muzium Matawang dan Kaunter Penerbitan di Bank Negara Malaysia (BNM) Kuala Lumpur; ibu pejabat bank-bank perdagangan dan kedai-kedai buku yang terpilih di Lembah Kelang; manakala bagi kawasan di luar Lembah Kelang, buku-buku ini boleh didapati cawangan-cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu; bank-bank perdagangan; Kedai Pos 2020 dan kedai-kedai buku yang terpilih mulai 7 Disember 2001.


Buku Wang Saku 2002 diilustrasikan oleh Y.Bhg. Dato' Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali dengan panggilan Dato' Lat. Buku-buku ini akan diedarkan ke sekolah-sekolah oleh bank-bank perdagangan, Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad di bawah Program Sekolah Angkat.


Bank Negara Malaysia
28 November 2001
 

 
Contact Us | Link | Terms & Conditions | Privacy Statement
© duitsaku.com, 2016. All Rights Reserved